Khamis, 1 Disember 2011

LAWAK Pecah Perut


Siapa yang masih belum tengok filem KL Gangster lakonan Aaron Aziz yang sasa tu lagi? Anda lupakan saja hasrat anda, kerana 4 orang jejaka yang lebih tampan dan bergaya ini bakal menggantikan ke’sasa’an Aaron Aziz dan Adi Putra. Video ini baru sahaja dimuatnaik ke Youtube 2 hari lepas dan percayalah, team kami sendiri ketawa sehingga pecah perut dengan adegan dan telatah mereka. Tak disangka, keropok Tam-Tam yang berharga 20 sen di kedai mamak rupanya berguna juga!

Sebelum ini kecoh dengan video parodi oleh pelajar UiTM tentang KL Hamster. Anda boleh search di Youtube jika masih belum tengok. Tapi kini iKLan Gangster bakal merampas monopoli KL Hamster dengan lawak sempoi mereka. Siap iklan lagi tu! Hahaha.

Ahh, cerita panjang tak guna,layankan video lawak parodi ini! Yeahh!

Tiada ulasan: