Rabu, 21 Disember 2011

Bosan tahap gaban la pulak --'


Jangan Jadi Seperti Gambar Di Atas !



Assalamualaikum ,

:D tergelak saya bila melihat gambar yang saya letakkan ni . HAHA
bosan . bosan jugakk . entri panjang jugak . berjela . kalau nak baca . bacalah
takut jadi BOSAN ! macam saya --'

Saya tidak menyuruh anda merasa bosan dalam hidup ni. Tapi saya sekadar mahu berkongsi apa yang biasanya membuatkan kita selalu menjadi bosan dengan kehidupan ni. Ada beberapa tips apabila anda merasa bosan ni.

1. Jika anda bosan dengan seseorang cuba bersabar dengan seseorang itu. Kalau tak boleh juga jauhilah dia jika itu lebih baik untuk anda. Cuba cari kebaikan pada dirinya. Mana tahu ada banyak kebaikan pada dirinya. Nasihatilah dia secara perlahan-lahan.

2. Cari kawan yang boleh membantu. Kita akan merasa bosan bila hidup ini ada banyak masalah. Jika masalah itu boleh dikongsi dengan kawan-kawan maka carilah kawan yang boleh membantu anda.
Buatlah perkara yang anda suka. Anda sudah tentu bosan melakukan perkara yang anda tidak suka kan? Saya pun bosan kalau buat benda yang saya tidak minat. Cuba cari benda yang anda minat untuk dilakukan sudah tentu rasa bosan anda akan hilang.

3. Kita akan merasa bosan belajar jika tiada motivasi dalam diri. Mungkin susah nak memotivasikan diri untuk belajar ni. Tapi anggaplah belajar dan menuntut ilmu itu satu kewajipan. Dan rasa bosan atau malas ni datang dari syaitan yang selalu menghasut kita. Jauhilah rasa bosan semasa belajar.

4. Menunggu membuatkan akan anda merasa bosan. Contohnya menunggu bas ke, tunggu kawan ke, tunggu cikgu masuk kelas ke. Banyak cara biasanya boleh buat untuk hilangkan bosan semasa menunggu ni contohnya mesej kawan, kalau ada kredit lebih telefon, dengar lagu mp3, baca buku lagi baik, tidur kalau boleh..hehe..

5. Kita tidak dapat lari dari merasa bosan ni tapi kita boleh cuba elak atau kurangkan rasa bosan yang ada dalam diri kita ni. Kalau anda bosan dengan apa yang anda buat maka anda perlu lakukan sesuatu untuk hilangkan rasa bosan anda dengan melakukan apa saja yang anda suka. Kalau anda bosan dengan seseorang cuba atasinya kerana jika anda biarkan ia boleh membawa kepada kebencian. Tidak elok pulak kalau anda perasaan benci membenci ni. Hidup ni mesti ceria selalu.

P/S : Renung - renungkan dan BE A POSITIVE PERSON ! . chaiyok3 .

Tiada ulasan: