Selasa, 9 Ogos 2011

Aku Masuk Hospital TTJ Sebab Nephrotic Syndrome ?


Neprotic Syndrom adalah sejenis penyakit yang berkaitan dengan buah pinggang.Bagi buah pinggang yang normal,terdapat sejenis penapis halus yang dipanggil glomeruli yang mana ianya berfungsi untuk menghalang albumin,iaitu sejenis protin,daripada keluar ke dalam air kencing.

Bagi mereka yang mempunyai penyakit Neprotic Syndrom pula,glomeruli atau penapis halus tadi telah pun rosak atau berlaku kebocoran.Ini akan menyebabkan lebih dari 3 gram protin akan keluar dari tubuh dalam tempoh 24 jam setiap hari.Keadaan ini dipanggil proteinuria .Ianya akan menyebabkan pengidapnya kehilangan banyak kandungan protin yang sangat diperlukan oleh tubuh.

Penyebabnya

Penyakit ini lebih banyak berlaku di kalangan kanak-kanak berbanding orang dewasa. Penyebab kerosakan glomeruli pada pesakit nephrotic syndrom kebanyakannya tidak diketahui (idiopathic). Ada juga disebabkan oleh jangkitan kuman di dalam darah seperti siflis, penyakit autoantibodi seperti SLE (Systemic Lupus Erythematosus), penyakit darah sejak lahir seperti sickle cell disease dan kencing manis.

Pathophysiology

Apabila berlakunya pengeluaran kandungan protin yang banyak dari tubuh atau proteinuria akan menyebabkan badan kekurangan sumber protin dari dalam darah atau disebut juga sebagai Hypoalbuminemia.Kekurangan protin di dalam salur darah akan menyebabkan air keluar dari dalam salur darah ke dalam tisu badan.Ini akan menyebabkan berlakunya pembengkakan pada muka,badan dan kaki yang dipanggil Edema atau bengkak air.

Apabila protin di dalam tubuh menjadi kurang,hati akan bertindak mengeluarkan protin bagi mengimbangi jumlah protin yang hilang.Ia juga akan mengeluarkan lemak sebagai tindak balas dari kekurangan protin.Akibatnya akan berlakulah Hyperlipidemia atau lemak berlebihan di dalam darah.

Gejala

Penyakit Neprotic Syndrom akan menyebabkan pengidapnya mempunyai masalah-masalah berikut:

■Menjadi lemah atau berasa tidak bermaya
■Mata dan muka menjadi bengkak pada waktu pagi ketika bangun dari tidur
■Kaki akan bengkak pada waktu petang kerana berdiri
■Perut kembung
■Sakit perut
■Cirit-birit
Diagnosis

1. Air kencing Dipstick – Tahap kandungan protin yang tinggi di dalam air kencing mungkin disebabkan oleh penyakit neprotic syndrom.

2. Air kencing 24 jam – Air kencing akan disukat selama 24 jam yang mana ianya bertujuan untuk mengira jumlah protin secara lebih tepat.

3. Darah – Penyakit neprotic syndrom akan menyebabkan kandungan protin rendah di dalam darah dan lemak akan tinggi.Kiraan kriatinin dan urea yang tinggi di dalam darah menunjukkan bahawa fungsi buah pinggang telah terganggu.


4. Biopsi – Kaedah ini iaitu di mana sedikit sampel buah pinggang diambil dengan menggunakan jarum khas.Ianya adalah untuk menentukan jenis-jenis neprotic syndrom.Cara ini sangat penting untuk dilakukan kerana neprotic syndrom diperingkat minima boleh diubati dan mempunyai peluang untuk sembuh yang sangat cerah.

Komplikasi

1.Penyakit ini akan menyebabkan tumbesaran terbantut sekiranya ia berlaku pada kanak-kanak dan akan menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam wad untuk dirawat sehingga sembuh.
2.Antibodi badan akan menjadi lemah.Ini akan menyebabkan pengidapnya mudah mendapat jangkitan kuman dan boleh membawa maut.
3.Air yang berkumpul di selaput paru-paru dan tisu badan akan menjadi tempat pembiakan kuman.Ini akan menyebabkan jangkitan paru-paru dan sebagainya.
4.Dan komplikasi yang paling menakutkan ialah kegagalan fungsi buah pinggang atau End Stage Renal Failure (ESRF) di mana buah pinggang tidak lagi dapat berfungsi.
5.Darah juga akan bertukar menjadi pekat kerana air keluar dan masuk ke dalam tisu badan berhampiran.Ini akan menyebabkan berlakunya penyakit di dalam salur darah seperti salur darah di dalam kaki tersumbat (Deep Vein Thrombosis).
6.Ubat yang diambil iaitu steroid juga akan memberikan banyak kesan sampingan sekiranya diambil dalam jangka masa yang lama.
Rawatan

1.Pada kebiasaannya, ubat steroid iaitu prednisolone akan diberikan mengikut berat badan sehingga tiada protein di dalam air kencing. Kemudian, dos ubat ini akan dikurangkan dengan perlahan-lahan.
2.Protin albumin akan diberikan untuk meningkatkan kandungan albumin di dalam darah dan ianya akan diberikan dalam kes-kes tertentu.Pada kebiasaannya ia tidak akan diberi.
3.Sekiranya badan dan muka mengalami kebengkakan atau Edema yang boleh mengancam nyawa,maka akan diberikan sejenis ubat kencing iaitu Frusimide.
4.Ubat antibiotik akan diberikan kepada pesakit sekiranya terdapat sebarang jangkitan.
5.Diet – Pengambilan garam bagi pesakit neprotic syndrom sangat perlu untuk dikawal.Selain itu pengambilan air juga perlu dikawal terutamanya ketika mengalami edema.Sekiranya dalam keadaan biasa,air tidak perlu dikawal secara keterlaluan.Dan pengambilan protin serta kalori yang baik sangat penting bagi pengidap neprotic syndrom.


Catheters
*cara rawatan yang dikenakan kat ak . tebuk kat lher kiri ak . iaitu tiub atau nama lain Catheters . sakit sangat .

1 ulasan:

MeMHaliD berkata...

good job bro..exactly what u've got rite!..good luck for this coming trial...